ERTI PERSAHABATAN
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana
kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga
dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang
keadaannya.
Bagi kita, itu
alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita
juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji
yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima
alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti
kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita
memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah
kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah
kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah
kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan
yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada
rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia
juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
P/S:
buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau
kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah
diriku....